Keinginan kesuburan / Adzmel Mahmud, Nur Airena Aireen Azman, Azlan Aziz and Najihah Ismail

Mahmud, Adzmel and Azman, Nur Airena Aireen and Aziz, Azlan and Ismail, Najihah (2012) Keinginan kesuburan / Adzmel Mahmud, Nur Airena Aireen Azman, Azlan Aziz and Najihah Ismail. In: Seminar Penggunaan Data-data Hasil Penyelidikan Dari Persepsi Ke Realiti, 23 Oktober 2012, Hotel Palm Garden IOI Resort, Putrajaya, Kuala Lumpur. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF - Presentation
Download (682kB) | Preview

Abstract

Pengenalan: Penurunan kadar kesuburan di Malaysia sedang pesat berlaku dan dijangkakan kadar tersebut akan mencapai paras penggantian (replacement level=2.1) pada tahun 2015. Keinginan/keputusan seseorang wanita untuk melahirkan anak memberi kesan langsung kepada kadar kesuburan dan pertumbuhan penduduk negara. Justeru, kajian bertujuan mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi keinginan wanita untuk melahirkan anak atau tidak perlu dilaksanakan. Data dan Metodologi: Kertas kerja ini membentangkan penemuan awal bagi kajian Fertility at the Crossroad: Children Now, Later or Never yang dilaksanakan oleh LPPKN pada tahun 2012. Kajian ini menggunakan kaedah reka bentuk tinjauan keratan lintang dengan memberi tumpuan kepada wanita dalam kumpulan umur reproduktif iaitu 15-49 tahun yang bekerja dalam sektor awam di kawasan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor. Kaedah pengumpulan data adalah melalui temu bual secara bersemuka dan ditadbir sendiri dengan menggunakan borang soal selidik. Melalui kaedah pensampelan berstrata, sejumlah 98 agensi sektor awam telah terpilih. Bagi mencapai objektif kajian, data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan kaedah Statistik Deskriptif, Khi Kuasa Dua dan Regresi Logistik (Forward LR Method). Pemboleh ubah bersandar yang dikaji ialah keinginan untuk melahirkan anak (0=tidak ingin anak lagi, 1=ingin anak lagi). Manakala terdapat sembilan (9) pemboleh ubah bebas yang dikaji iaitu umur, etnik, taraf pendidikan, gred jawatan (Pengurusan dan Professional/Sokongan), pendapatan, bilangan kelahiran anak, sejarah kehamilan (keguguran/mati dalam kandungan/digugurkan), masalah kesuburan dan suami tinggal berjauhan. Penemuan: Secara keseluruhannya, sebanyak 1,898 data bagi wanita yang bekerja dalam sektor awam telah dianalisa. Sebanyak 75.9% responden mempunyai keinginan untuk melahirkan anak. Hasil analisis Khi Kuasa Dua menunjukkan variabel umur, etnik, pendapatan, bilangan kelahiran anak, sejarah kehamilan, masalah kesuburan dan suami tinggal berjauhan mempunyai hubungan yang signifikan dengan keinginan melahirkan anak. Walau bagaimanapun, tiada bukti menunjukkan bahawa gred jawatan mempunyai hubungan dengan keinginan melahirkan anak. Ujian regresi logistik (Forward LR Method) menunjukkan bahawa sebanyak 57.8% variasi bagi keinginan wanita untuk melahirkan anak dapat diperjelaskan oleh empat pemboleh ubah bebas iaitu masalah kesuburan, etnik, umur dan bilangan kelahiran anak. Kesimpulan: Hasil kajian mendapati keinginan wanita untuk melahirkan anak boleh dianggap tinggi. Bagi menyokong keinginan wanita melahirkan anak, pelbagai bentuk bantuan/sokongan perlu disediakan oleh pihak majikan/kerajaan. Antara bantuan/sokongan utama yang diperlukan adalah pusat penjagaan kanak-kanak di tempat kerja, kemudahan bercuti untuk menjaga anak sakit, subsidi kos penjagaan anak dan kemudahan bergaji penuh untuk anak yang memerlukan penjagaan khas.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Penemuan awal Kajian Fertility at the Crossroads: Children Now, Later and Never
Keywords: kesuburan, penurunan fertiliti, keinginan melahirkan anak, fertility
Subjects: 300 Social sciences > 305 Social groups
Division/Agency/State: LPPKN - National Population and Family Development Board, Malaysia > Division of Population
Deposited By: Mrs Nor Azaian Abdullah
Deposited On: 19 Dec 2012 04:33
Last Modified: 19 Dec 2012 04:33
URI: http://familyrepository.lppkn.gov.my/id/eprint/233

Actions (login required)

View Item View Item