Strategi kelangsungan hidup pekerja asing warga Indonesia dan implikasi sosial akibat kehadiran mereka di Sabah / Syed Abdul Razak Sayed Mahadi, Prof. Graeme Hugo dan Dr. Dianne Rudd

Sayed Mahadi, Syed Abdul Razak and Hugo, Graeme and Rudd, Dianne (2012) Strategi kelangsungan hidup pekerja asing warga Indonesia dan implikasi sosial akibat kehadiran mereka di Sabah / Syed Abdul Razak Sayed Mahadi, Prof. Graeme Hugo dan Dr. Dianne Rudd. In: Seminar Penggunaan Data-data Hasil Penyelidikan Dari Persepsi Ke Realiti, 23 October 2012, Hotel Palm Garden IOI Resort, Putrajaya. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF - Presentation
Download (902kB) | Preview

Abstract

Halatuju Sabah menumpukan kepada pembangunan 3 sektor utama seperti pertanian, pelancongan dan perkilangan untuk menggerakkan ekonominya. Sebagai sebuah negeri yang berasaskan ekonomi agro, banci 2010 merekodkan sebanyak 30 peratus daripada jumlah keseluruhan tenaga kerja terlibat dalam sektor pertanian. Oleh kerana penduduk tempatan tidak berminat untuk merebut peluang pekerjaan dalam sektor pertanian dan perladangan yang bersasaskan 3D (Difficult, Dirty & Dangerous), kekosongan pekerjaan diisi terutamanya oleh pekerja warga Indonesia seperti yang ditunjukkan dalam data yang diperolehi daripada Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS). Pastinya kehadiran mereka ini memberi implikasi sosial kepada negeri Sabah yang menempatkan seramai 27.7 peratus populasi warga asing pada tahun 2010. Oleh itu, satu kajian mikro perlu dilaksanakan untuk memahami dan menganalisa situasi ini. Satu kajian bersama dijalankan dengan LPPKN, di mana seramai 896 responden yang terdiri daripada pekerja warga Indonesia dari sektor perladangan, perkilangan, pembinaan, perkhidmatan dan informal telah ditemuramah dalam survey di Divisyen Tawau pada tahun 2010. Selain daripada itu, data primer juga dikumpul daripada temuramah yang dijalankan di kalangan pekerja sah dan tidak sah serta berdasarkan pemerhatian pengkaji. Temuramah dengan pegawai kerajaan yang terlibat secara langsung dengan pengurusan dan pengambilan pekerja asing juga dijalankan. Data sekunder diperolehi daripada pelbagai agensi kerajaan di sabah seperti Jabatan Immigresen, Jabatan Tenaga Kerja, Jabatan Statistiks, Jabatan Kesihatan dan Jabatan Pendidikan. Kajian ini berjaya mengenalpasti 5 strategi kelangsungan hidup yang sering digunapakai oleh pekerja Indonesia bagi memastikan kejayaan penghijrahan mereka iaitu jaringan kekeluargaan, pemilihan tempat tinggal, adaptasi dan asimilasi budaya, kelangsungan ekonomi dan penglibatan dalam institusi sosial dan politik. Semestinya perlaksanaan strategi ini memberi kesan sosial kepada penduduk tempatan. Dapatan penting kajian ini menunjukkan kebanyakan pekerja warga Indonesia datang ke Sabah bersama ahli keluarga. Sudah pasti kehadiran pasangan dan anak anak memberi implikasi yang besar kepada kemudahan sosial terutamanya kesihatan dan pendidikan. Oleh yang demikian, perlu ada integrasi di antara kemasukan pekerja asing dengan perancangan pembangunan negeri Sabah apatah lagi jika kebergantungan kepada tenaga kerja asing berlanjutan sehingga Sabah mencapai status ekonomi berteknologi intensif di masa akan datang.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Keywords: jaringan kekeluargaan, kelahiran, pendidikan, perkhidmatan kesihatan, pekerja asing warga Indonesia, Tawau
Subjects: 300 Social sciences > 304 Factors affecting social behavior
Division/Agency/State: LPPKN - National Population and Family Development Board, Malaysia > Division of Population
Deposited By: Mrs Nor Azaian Abdullah
Deposited On: 19 Dec 2012 06:37
Last Modified: 16 Apr 2013 04:13
URI: http://familyrepository.lppkn.gov.my/id/eprint/236

Actions (login required)

View Item View Item