Proses kaunseling keluarga di Malaysia / Dr. Norhayati Mohd Noor, Prof. Dr. Zuria Mahmud and Prof. Madya Dr. Saemah Abd. Rahman

Mohd Noor, Norhayati and Mahmud, Zuria and Abd. Rahman, Saemah (2012) Proses kaunseling keluarga di Malaysia / Dr. Norhayati Mohd Noor, Prof. Dr. Zuria Mahmud and Prof. Madya Dr. Saemah Abd. Rahman. In: Seminar Penggunaan Data-data Hasil Penyelidikan: Dari Persepsi Ke Realiti, 23 October 2012, Hotel Palm Garden IOI Resort, Putrajaya. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF - Presentation
Download (682kB) | Preview

Abstract

Kaunseling keluarga merupakan salah satu intervensi dalam perkhidmatan keluarga dalam membina kesejahteraan keluarga di Malaysia. Kajian ini merupakan kajian kualitatif kajian kes pelbagai ‘setting’ bertujuan untuk meninjau fonomena proses kaunseling keluarga yang dijalankan oleh pengamal di Malaysia dengan kaedah temu bual secara mendalam, pemerhatian dan analisis dokumen. Peserta kajian dalam kajian adalah 12 pengamal kaunseling keluarga dari tiga pusat perkhidmatan kaunseling. Kajian ini mempunyai lima persolan kajian iaitu untuk (i) mengenalpasti jenis kes yang dikendalikan, jumlah kes dan punca masalah dalam proses kaunseling keluarga (ii) mengenalpasti hubungan awal dalam proses kaunseling keluarga (iii) meneroka proses kaunseling keluarga (iv) mengenalpasti pendekatan dan kemahiran yang digunakan dalam kaunseling keluarga dan (v) meneroka dorongan dan cabaran proses kaunseling keluarga dalam kalangan pengamal kaunseling keluarga di pelbagai ‘setting’di Malaysia. Kaedah analisis kes bersilang berdasarkan temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen ke atas pengamal kaunseling keluarga telah dilaksanakan menggunakan perisian Nvivo 8. Dalam kajian ini telah terhasil 190 tema dan sub tema dari 12 orang peserta kajian. Hasil kajian menunjukkan terdapat beberapa persamaan dan perbezaan proses kaunseling keluarga di Malaysia dengan kerangka proses di negara Barat Persamaan dan perbezaan ini berlaku di semua peringkat proses kaunseling, kemahiran, pengunaan teknik, penggunaan teori, dan cabaran dalam amalan. Hasil dapatan kajian juga menunjukkan proses kaunseling keluarga dalam kalangan pengamal di Malaysia terikat kepada pendidikan dan latihan yang diterima oleh pengamal, konteks agama, budaya, nilai dan SES keluarga dan masyarakat di Malaysia. Maka kajian ini memberi sumbangan kepada pernawaran proses kaunseling keluarga yang amat diperlukan dalam memantapkan institusi kekeluargaan dan mampu menjadi intervensi dalam membina generasi masyarakat Malaysia yang cemerlang. [English Language]: Family counseling is one of the interventions in family services for built a healthy family in Malaysia. This is a qualitative case study of a variety of 'settings' aims to explore the phenomenon of family counseling process conducted by practitioners in Malaysia with an in-depth interview technique, observation and document analysis.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Authors: 1. Dr. Noorhayati Mohd Noor (Counseling Unit, Mara) 2. Prof. Dr. Zuria Mahmud and Prof. Madya Dr. Saemah Abd. Rahman (Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia)
Keywords: kaunseling keluarga, pengamal kaunseling, family counseling
Subjects: 300 Social sciences > 303 Social processes
Division/Agency/State: LPPKN - National Population and Family Development Board, Malaysia > Division of Population
Deposited By: Mrs Nor Azaian Abdullah
Deposited On: 19 Dec 2012 06:20
Last Modified: 21 Feb 2013 01:04
URI: http://familyrepository.lppkn.gov.my/id/eprint/239

Actions (login required)

View Item View Item