Pengkelasan keberkesanan perancang keluarga menggunakan pepohon keputusan / Susilawati Rahim

Rahim, Susilawati (2012) Pengkelasan keberkesanan perancang keluarga menggunakan pepohon keputusan / Susilawati Rahim. In: Seminar Penggunaan Data-data Hasil Penyelidikan:Dari Persepsi Ke Realiti, 23 October 2012, Hotel Palm Garden IOI Resort, Putrajaya. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF - Presentation
Download (684kB) | Preview

Abstract

Kesedaran tentang pentingnya amalan perancangan keluarga bagi sesebuah institusi kekeluargaan di Malaysia telah bermula pada sekitar 1960-an. Dalam usaha merancang saiz keluarga adalah penting untuk menentukan kaedah perancangan keluarga yang sesuai dan berkesan. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi membangunkan satu model pengkelasan terbaik dan mengenalpasti faktor keberkesanan kaedah-kaedah tersebut dan juga bagi wanita yang tidak menggunakan sebarang kaedah perancangan keluarga, faktor yang mempengaruhi keberkesanan ketidakgunaan kaedah juga dikenalpasti. Teknik pengkelasan dalam perlombongan data telah digunakan untuk mendapatkan corak keberkesanan kaedah perancangan keluarga yang digunakan. Teknik pengkelasan yang digunakan ialah pepohon keputusan J48, ID3, Random Tree, REPTree dan pengelas Bayes iaitu Naive Bayes. Data sekunder daripada set Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia ke-empat (MPFS) yang diperolehi dari Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) digunakan dalam kajian ini. Bagi mendapatkan model pengkelasan terbaik, kaedah 10-fold cross validation, aplikasi Weka dan Mynda telah digunakan. Hasil pengujian mendapati pepohon keputusan J48 dipilih sebagai model pengkelasan terbaik kerana model ini memberikan nilai kejituan tertinggi bagi kedua-dua set data iaitu 87.83% dan 80.42% berbanding teknik-teknik yang lain. Kajian telah menghasilkan pepohon keputusan yang dapat menjana set petua bagi mengenalpasti keberkesanan kaedah perancangan keluarga yang digunakan dan set petua untuk mengenalpasti keberkesanan bagi yang tidak menggunakan kaedah perancangan keluarga. Kesimpulannya, kajian ini tidak meliputi wanita yang sedang menggunakan kaedah perancangan keluarga dan diharapkan kajian akan datang merangkumi keberkesanan kaedah bagi wanita yang sedang menggunakan kaedah perancangan keluarga dan membuat perbandingan corak berdasarkan set data MPFS 1, MPFS 2, MPFS 3 dan MPFS 4.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Keywords: Teknik pengkelasan, pepohon keputusan, kaedah perancangan keluarga, family planning
Subjects: 300 Social sciences > 304 Factors affecting social behavior
600 Technology > 610 Medicine & health
Division/Agency/State: LPPKN - National Population and Family Development Board, Malaysia > Division of Population
Deposited By: Mrs Nor Azaian Abdullah
Deposited On: 19 Dec 2012 07:04
Last Modified: 16 Apr 2013 04:15
URI: http://familyrepository.lppkn.gov.my/id/eprint/243

Actions (login required)

View Item View Item