Kajian kesihatan reproduktif & seksual remaja / Noor Azlin Muhd Sapri, Ismahalil Ishak, Dr. Norliza Ahmad, Dr. Noor Ani Ahmad, dan Dr. Tahir Aris

Muhammad Sapri, Noor Azlin and Ahmad, Norliza and Ishak, Ismahalil and Ahmad, Noor Ani and Aris, Tahir (2012) Kajian kesihatan reproduktif & seksual remaja / Noor Azlin Muhd Sapri, Ismahalil Ishak, Dr. Norliza Ahmad, Dr. Noor Ani Ahmad, dan Dr. Tahir Aris. In: Seminar Penggunaan Data-data Hasil Penyelidikan :Dari Persepsi Ke Realiti, 23 October 2012, Hotel Palm Garden IOI Resort, Putrajaya. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF - Presentation
Download (7MB) | Preview

Abstract

Pengenalan Peningkatan isu kesihatan reproduktif dan sosial dalam kalangan remaja telah hangat diperbincangkan sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Saban hari rakyat Malaysia disajikan dengan berita mengenai salahlaku remaja terutamanya yang melibatkan kes pembuangan bayi dan hamil luar nikah. Oleh itu, satu kajian khusus bagi melihat tahap kesihatan reproduktif dan seksual remaja serta faktor-faktor yang mempengaruhinya telah dijalankan berdasarkan hasil kajian kesihatan remaja peringkat kebangsaan. Metodologi Kajian berbentuk keratan rentas ini dijalankan pada tahun 2010 dengan menggunakan data sekunder daripada Borang Saringan Kesihatan Remaja (BSSK/R/1/2008) yang telah diisi oleh pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di 80 buah kem PLKN di seluruh negara. Bagi mencapai objektif kajian, analisis yang digunakan adalah analisis deskriptif, ujian khi kuasa dua dan regresi logistik dengan menggunakan perisian SPSS. Parameter yang dikaji merangkumi ciri-ciri sosio demografi (jantina, umur, etnik dan tahap pendidikan) dan ciri-ciri sosial (tingkahlaku berisiko, sejarah penderaan, tingkahlaku anti-sosial, penyalahgunaan bahan terlarang, keagamaan, dan hubungan kekeluargaan). Manakala terdapat sembilan (9) isu SRH yang dikaji iaitu masturbasi, menonton bahan lucah, hubungan seks luar nikah, seks berbilang pasangan, STI, kecenderungan homoseksual, hubungan homoseksual, kehamilan dan pengguguran. Hasil Kajian Secara keseluruhannya sebanyak 23,231 data telah dianalisa. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 22,750 responden yang berumur 18-24 tahun telah disaring untuk tujuan analisis kajian. Min umur responden adalah sekitar 19.0 tahun dengan taburan peratusan mengikut jantina yang hampir sama. Berdasarkan komposisi etnik, 65% adalah Melayu, 22% Cina, 7.2% India dan 5.7% adalah lain-lain etnik termasuk Bumiputera Sabah dan Bumiputera Sarawak. Majoriti responden berpendidikan sekolah menengah dengan 49.3% daripadanya masih bersekolah. Hasil analisis menunjukkan isu menonton dan membaca bahan lucah dalam kalangan remaja mencatatkan peratusan tertinggi (39.5%) diikuti melakukan masturbasi (28.5%) dan hubungan seks luar nikah (6.5%). Semua faktor sosio demografi yang dikaji mempunyai hubungan yang signifikan dengan hubungan seks luar nikah, kecenderungan homoseksual dan pengguguran (p<0.05). Faktor risiko kepada hubungan seks luar nikah pula adalah kumpulan umur 20-24 tahun (OR= 2.710, SK95% 1.967, 3.759), tingkahlaku berisiko (OR=30.495 SK95% 19.683, 47.427), terlibat dalam penyalahgunaan bahan (OR=12.33 SK95% 8.051, 18.891), anti-sosial (OR=2.615 SK95% 2.206, 3.100) dan pernah didera (OR=1.726 SK95% 1.389, 2.145). Manakala penghayatan agama menjadi faktor pelindung kepada remaja di mana kajian mendapati remaja yang menghayati agama kurang berisiko sebanyak 2 kali ganda untuk melakukan seks berbanding remaja yang kurang menghayati agama. Tiada bukti menunjukkan variabel hubungan kekeluargaan mempengaruhi remaja untuk melakukan hubungan seks. Kesimpulan Secara keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa isu kesihatan reproduktif dan seksual remaja perlu diberi perhatian serius. Ini adalah kerana hasil kajian menunjukkan bahawa tren hubungan seks luar nikah dalam kalangan remaja yang merupakan penunjuk utama kepada tahap isu kesihatan reproduktif dan seksual remaja telah meningkat dari 2.2% pada tahun 2004 (KPKM-4) kepada 6.5% pada tahun 2010. Oleh itu, program kerjasama secara multisektoral adalah perlu diadakan untuk menangani isu ini. Pelaksanaan program intervensi juga perlu difokuskan kepada golongan remaja yang berisiko tinggi seperti mempunyai tingkahlaku berisiko, anti-sosial dan terlibat dalam kes penyalahgunaan bahan terlarang. Perancangan dan penyediaan program tersebut juga turut perlu mengambilkira konsep dan ajaran agama yang diamalkan di Malaysia melalui pendekatan yang boleh diterima oleh remaja. Kajian lanjutan perlu dijalankan dengan lebih meluas dengan mengambilkira faktor-faktor lain yang masih belum diterokai.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Authors: 1. Dr. Norliza (University Putra Malaysia), 2. Noor Azlin Muhd Sapri and Ismahalil Ishak (National Population and Family Development Board Malaysia), 3. Dr. Noor Ani Ahmad and Dr. Tahir Aris (Institut Kesihatan Umum)
Keywords: kesihatan reproduktif, remaja, bahan lucah, seks luar nikah, homoseksual, population, Malaysia
Subjects: 300 Social sciences > 304 Factors affecting social behavior
Division/Agency/State: LPPKN - National Population and Family Development Board, Malaysia > Division of Reproductive Health
Deposited By: Mrs Nor Azaian Abdullah
Deposited On: 19 Dec 2012 07:18
Last Modified: 20 Feb 2014 03:51
URI: http://familyrepository.lppkn.gov.my/id/eprint/244

Actions (login required)

View Item View Item