Indikator kesejahteraan keluarga / Ismahalil Ishak

Ishak, Ismahalil (2012) Indikator kesejahteraan keluarga / Ismahalil Ishak. In: Seminar Penggunaan Data-data Hasil Penyelidikan Dari Persepsi Ke Realiti, 23 October 2012, Hotel Palm Garden IOI Resort, Putrajaya. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF - Presentation
Download (9MB) | Preview

Abstract

Kesejahteraan Keluarga (family well-being) adalah sebuah konsep multi-dimensi yang merangkumi pelbagai aspek keadaan hidup individu atau keluarga. Sehingga kini, belum ada satu pengukuran khusus yang boleh menggambarkan keadaan kesejahteraan keluarga di Malaysia. Justeru, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) serta Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah melaksanakan satu projek penyelidikan iaitu Kajian Indikator Kesejahteraan Keluarga pada tahun 2011 untuk memahami dengan lebih komprehensif berkenaan kesejahteraan keluarga di mana diakhir projek ini, satu indeks akan dibangunkan. Secara keseluruhannya, setelah melalui beberapa proses pembentukkan seperti tinjauan literatur, focus group discussion dan kajian rintis, terdapat 7 domain dan 23 indikator telah dikenalpasti. Pembangunan domain dan indikator kesejahteraan keluarga tersebut telah memfokuskan kepada kesejahteraan subjektif di mana setiap keluarga diminta untuk memberi penilaian mengenai aspek-aspek tertentu berkaitan keluarga mereka. Kajian telah dijalankan ke atas 2,808 buah isi rumah yang melibatkan sejumlah 5,616 orang responden, yang terdiri daripada 1,484 orang bapa, 1,324 orang ibu dan 2,808 orang anak remaja berumur antara 13 hingga 24 tahun. Pemilihan isi rumah di dalam kajian ini telah menggunakan kaedah pensampelan rawak berstrata dan dilakukan secara temubual bersemuka. Hasil kajian menunjukkan Indeks Kesejahteraan Keluarga berada pada paras 75.5 yang bermaksud kesejahteraan keluarga Malaysia adalah agak tinggi. Daripada tujuh domain yang telah dikenal pasti, didapati domain Keluarga dan Agama/Kerohanian mencatatkan skor domain tertinggi iaitu 82.5. Ini diikuti oleh skor domain Keluarga dan Komuniti (78.3), Hubungan kekeluargaan (78.2), Keselamatan keluarga (73.9), Kesihatan keluarga (73.8), Keluarga dan persekitaran (72.8) dan Ekonomi keluarga (69.0). Berdasarkan hasil kajian IKK, beberapa cadangan yang boleh diambil kira untuk meningkatkan tahap kesejahteraan keluarga ialah meningkatkan taraf hidup keluarga, meningkatkan resiliensi keluarga, mengimbangi tuntutan kerja dan keluarga serta meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan keluarga.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Keywords: konsep kesejahteraan,life satisfaction,happiness,focus group discussion,hubungan kekeluargaan,IKK, family relationship
Subjects: 600 Technology > 640 Home & family management
Division/Agency/State: LPPKN - National Population and Family Development Board, Malaysia > Division of Population
Deposited By: Mrs Nor Azaian Abdullah
Deposited On: 07 Jan 2013 02:58
Last Modified: 07 Jan 2013 02:58
URI: http://familyrepository.lppkn.gov.my/id/eprint/246

Actions (login required)

View Item View Item