Penduduk dan keluarga: penemuan Kajian Penduduk dan Keluarga Keempat/Dato'Aminah Abdul Rahman and Ahmad Hashimi Mohammad

Abdul Rahman, Aminah and Mohammad, Ahmad Hashimi (2009) Penduduk dan keluarga: penemuan Kajian Penduduk dan Keluarga Keempat/Dato'Aminah Abdul Rahman and Ahmad Hashimi Mohammad. In: Persidangan Statistik Kebangsaan, 2009 , 19 Mei 2009, Kuala Lumpur. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF - Presentation
Download (450kB) | Preview

Abstract

Kertas kerja ini membincangkan penemuan-penemuan penting Kajian Penduduk dan Keluarga Keempat yang dilaksanakan oleh LPPKN pada tahun 2004. Kajian ini merupakan yang ke empat dalam siri Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia (KPKM) yang dijalankan setiap sepuluh tahun sekali semenjak tahun 1974. Pada tahun 2004, kajian ini buat pertama kalinya telah dilaksanakan secara serentak untuk seluruh Malaysia. Berbeza dengan KPKM yang lepas, KPKM-4 ini menemuduga isi rumah yang terdiri daripada lima (5) kategori iaitu: (a) Wanita yang berumur 15 hingga 49 tahun, (b)Suami kepada wanita yang masih berkahwin, (c) Remaja yang berumur 13 hingga 24 tahun, (d) Warga berumur 50 tahun ke atas, dan (e) penduduk bujang berumur 25 hingga 49 tahun. Kajian ini bertujuan menyediakan data siri masa berkaitan maklumat demografi dan sosio-ekonomi khususnya pertalian di antara kependudukan, kekeluargaan dan reproduksi manusia dengan pembangunan. Hasil kajian digunakan untuk menilai keberkesanan program-program pembangunan sedia ada dan juga dijadikan input dalam penyediaan Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK 9). Dalam kajian ini penganalisisan data dilakukan bagi ketiga-tiga kawasan secara berasingan. Antara penemuan penting termasuklah: 1) Struktur umur penduduk, 2) beban tanggungan, 3) Perkahwinan yang semakin dilewatkan, 4) Kesuburan, 5) Perancangan keluarga, 6) Amalan kesihatan, 7) Komposisi isi rumah, 8) Penyertaan tenaga buruh wanita, 9) Penjagaan anak, 10) Warga tua, dan 11) Perilaku sosial dan seksual remaja.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Keywords: KPKM-4, wanita layak, suami, warga berumur 50 tahun keatas, remaja, bujang , MPFS 4, adolescent, Malaysia
Subjects: 300 Social sciences > 305 Social groups
Division/Agency/State: LPPKN - National Population and Family Development Board, Malaysia > Division of Population
Deposited By: Mrs Nor Azaian Abdullah
Deposited On: 21 Aug 2013 07:50
Last Modified: 21 Aug 2013 07:50
URI: http://familyrepository.lppkn.gov.my/id/eprint/346

Actions (login required)

View Item View Item