Kajian Faktor-Faktor Penghalang Wanita Berkahwin Menjalani Ujian Pap Smear / Dr. Zuraida Ahmad Sabki and Mohd Azizuddin Mohd Yussof

Ahmad Sabki, Zuraida and Mohd Yussof, Mohd Azizuddin Kajian Faktor-Faktor Penghalang Wanita Berkahwin Menjalani Ujian Pap Smear / Dr. Zuraida Ahmad Sabki and Mohd Azizuddin Mohd Yussof. (Unpublished)

Full text not available from this repository.

Abstract

Kanser serviks adalah ancaman kedua berbahaya kepada wanita yang bukan sahaja boleh menyebabkan kehilangan peluang mengandung, malah sehingga boleh meragut nyawa. 12.9 peratus dari jumlah kematian akibat kanser di kalangan golongan wanita juga disebabkan oleh kanser ini. Malangnya 80% wanita yang pertama kali disahkan mendapat kanser serviks sudah berada pada tahap yang serius dan tidak dapat diubati dengan sempurna sungguhpun program penyaringan kanser serviks seperti Pap Smear telah wujud sejak tahun 1943. Statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Laporan Daftar Kanser Kebangsaan 2003 menunjukkan, walaupun setelah terlaksananya program Pap Smear, kadar insiden kanser serviks telah meningkat di mana pada tahun1990 kadar insiden adalah 13.3 per 100,000 wanita berbanding 19.7 per 100,000 orang wanita pada tahun 2003. Ini menggambarkan bahawa program Pap Smear di Malaysia tidak menyeluruh dan tidak diamalkan oleh mereka yang memerlukannya iaitu kaum wanita yang telah bermulanya aktiviti perhubungan seks. Oleh itu, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah menjalankan satu kajian berhubung dengan pemeriksaan saringan kanser serviks atau ujian Pap Smear. Kajian ini bertujuan untuk menyediakan maklumat mengenai ciri-ciri sosiodemografi dan sejarah reproduktif, kesedaran wanita menenai ujian saringan pap, persepsi risiko wanita mendapat kanser serviks, sikap wanita terhadap kepentingan ujian Pap Smear dan prevalens amalan ujian saringan Pap Smear. Kajian keratan rentas ini telah dijalankan di Lembah Kelang, Melaka, Perak dan Terengganu menggunakan pensampelan bertujuan. Jumlah sampel adalah seramai 1000 orang. Populasi kajian adalah terdiri daripada wanita pernah berkahwin yang berumur antara 20-65 tahun. Ini termasuklah wanita masih berkahwin, janda dan balu. Syarat penolakan sampel pula adalah wanita yang tidak layak iaitu wanita yang belum berkahwin, bukan warganegara Malaysia dan wanita yang telah menghidap kanser serviks. Pengumpulan data kajian adalah melalui kaedah temubual berpandukan kepada teks soalselidik yang disediakan. Responden akan ditemubual oleh penemubual yang telah dilatih bagi mendapatkan maklumat yang tepat. Bagi mencapai objektif kajian, analisis yang digunakan adalah analisis deskriptif, ujian khi kuasa dua dan ujian t. Oleh itu, berdasarkan analisis yang telah dijalankan, prevalens amalan ujian Pap Smear wanita adalah 55.2 peratus. Responden menunjukkan sikap yang positif apabila ditanya mengenai kepentingan ujian Pap Smear berbanding pemeriksaan lain, ramai yang berpendapat bahawa ujian ini sangat penting (92.7 peratus). Hanya 4.2 peratus sahaja yang menganggap ujian Pap Smear ini tidak penting dan terdapat segelintir yang tidak dapat memberikan kepastian tentang kepentingannya (3.1 peratus). Tidak ramai yang dapat mengukur risiko yang sedang mereka hadapi untuk mendapat kanser serviks di mana seramai 377 (41.5 peratus) orang tidak tahu mengenai risiko kanser yang sedang dihadapi oleh mereka. Walau bagaimanapun, terdapat seramai 276 (30.4 peratus) orang wanita yakin bahawa mereka tidak berisiko langsung. Hanya 7.7 peratus sahaja yang menganggap mempunyai risiko tinggi terhadap kanser ini, risiko sederhana (5.6 peratus) dan kurang risiko (14.9 peratus).

Item Type: Article
Keywords: servic cancer, reproductive health, mamogram, pap smear, family, population, LPPKN, Malaysia
Subjects: 600 Technology > 610 Medicine & health > 613 Personal health & safety
Division/Agency/State: LPPKN - National Population and Family Development Board, Malaysia > Division of Reproductive Health
Deposited By: Mrs Noor Azreena Abd Aziz
Deposited On: 27 Nov 2013 08:21
Last Modified: 11 Feb 2014 00:51
URI: http://familyrepository.lppkn.gov.my/id/eprint/356

Actions (login required)

View Item View Item