Tingkah laku seks di kalangan warga 45 tahun dan ke atas

Ahmad Sabki, Zuraida and Mohd Yussof, Mohd Azizuddin Tingkah laku seks di kalangan warga 45 tahun dan ke atas. (Unpublished)

Full text not available from this repository.

Abstract

Kajian pendapat mengenai ‘Tingkah laku Seks Di kalangan Warga 45 Tahun Dan Ke Atas’ yang pertama kali diadakan oleh Bahagian Reproduksi Manusia(BRM) telah dijalankan di kawasan Lembah Kelang bermula pada Februari hingga Jun 2003. Kaedah persampelan ‘Convenience Sampling’ digunakan di mana responden yang memenuhi kriteria tertentu mengisi sendiri borang soal selidik. Seramai 473 responden yang terdiri daripada 50.1% Melayu, India (26.6%) dan Cina (23.3%) di mana lelaki (53.5%) melebihi wanita (46.5%). Majoriti responden terdiri daripada kumpulan umur 50-59 tahun (41.25%).Daripada 220 orang responden wanita, hanya 7.3% mengambil terapi gantian hormon. Hasil kajian mendapati kepentingan dan kepuasan terhadap seks menurun dengan pertambahan usia di mana ianya lebih ketara di kalangan wanita daripada lelaki. Kekerapan hubungan seks dilakukan dalam linkungan 4-8 kali sebulan (46.3%). Walaupun hanya 16.7% responden mempunyai masalah berkaitan hubungan seks, 70.9% daripada mereka ini tidak tahu sumber bantuan dan rawatan terhadap masalah mereka. Di kalangan mereka yang mendapat rawatan pula 56.4% memilih untuk mendapat rawatan moden . 55.7% daripada responden yang mengalami masalah hubungan seks mempunyai sekurang-kurangnya satu penyakit kronik. Seramai 85.6% tidak bersetuju dan mencari pasangan lain sebagai jalan keluar terhadap masalah berkaitan hubungan seks. Harapan terhadap hubungan seks yang lebih baik di masa akan datang masih tinggi iaitu 69.1%. Kesimpulannya, bagi pertengahan usia dan ke atas walaupun kepentingan terhadap hubungan seks menurun, hak mereka untuk mendapatkan pengetahuan dan perkhidmatan berkaitan masalah seksualiti perlu ditangani segera terutamanya oleh para pengamal perubatan khususnya Bahagian Reproduksi Manusia dan LPPKN amnya. Pendekatan yang bersistematik dan ’gender-sensitive’ dapat membantu mengatasi masalah perpecahan institusi kekeluargaan dan masalah berkaitan sumbang mahram.

Item Type: Article
Keywords: attitude, sex, population, Malaysia
Subjects: 600 Technology > 610 Medicine & health > 613 Personal health & safety
Division/Agency/State: LPPKN - National Population and Family Development Board, Malaysia > Division of Reproductive Health
Deposited By: Mrs Noor Azreena Abd Aziz
Deposited On: 27 Nov 2013 08:25
Last Modified: 19 Dec 2016 08:34
URI: http://familyrepository.lppkn.gov.my/id/eprint/357

Actions (login required)

View Item View Item