Seminar Antarabangsa Kekeluargaan di Persada Johor pada 13 Februari 2014.

National Population and Family Development Board, Malaysia (2014) Seminar Antarabangsa Kekeluargaan di Persada Johor pada 13 Februari 2014. [Video] (Unpublished)

[img] Video (MPEG) (Ucaptama YBhg. Datuk Seri Dr Mahathir di Persidangan Antarabangsa Kekeluargaan) - Published Version
Download (891MB)

Abstract

Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) mengambil inisiatif menganjurkan Persidangan Antarabangsa Kekeluargaan dari Perspektif Global bertujuan untuk menyumbang ke arah usaha membangunkan ummah secara bersepadu berasaskan pendekatan tajdid yang mengambil kira idea-idea ijtihad yang difikirkan sesuai untuk dilaksanakan dalam masyarakat masa kini. Objektif persidangan ini adalah untuk mendedahkan isu-isu berkaitan institusi kekeluargaan dari perspektif global, mengupas pandangan yang berkaitan dengan isu-isu kekeluargaan khususnya hak kanak-kanak dari perspektif Islam, menjelaskan kedudukan dan pendirian Islam berkenaan isu kekeluargaan yang menyentuh perkara berkaitan agama, sosial, budaya, pendidikan dan sebagainya. Di samping itu, melihat peruntukan perundangan berkaitan dengan kanak-kanak di Malaysia dan rantau Asia Tenggara dan lain-lain. Era globalisasi merupakan satu abad yang amat mencabar keutuhan jati diri dan survival umat Islam masa kini termasuk institusi kekeluargaan. Dalam menghadapi cabaran, umat Islam perlu merancang agenda yang bersifat futuristik berdasarkan perkembangan pembangunan yang akan berlaku pada masa akan datang. Ini bersesuaian dengan tema persidangan, “Cabaran dan Masa Depan Institusi Kekeluargaan Islam”. Persidangan sehari ini mengandungi tiga slot:  Anak Angkat dan Anak Tidak Sah Taraf Dalam Islam  Hukum Hakam Berkaitan Perkahwinan Dalam Undang-undang Keluarga Islam  Cabaran Dalam Isu-isu Keluarga Islam Ucaputama dalam persidangan tersebut ialah Yang Berbahagia Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia. Pembentang kertas kerja persidangan termasuk pensyarah kanan dari Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negara termasuk dari Thailand, Brunei Darussalam dan Indonesia. Persidangan sehari ini telah dihadiri oleh 300 orang peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai agensi-agensi kerajaan, badan-badan bukan kerajaan (NGO), Institusi-institusi penyelidikan, Ahli-ahli akademik, pertubuhan-pertubuhan professional dan pelajar-pelajar IPTA/IPTS.

Item Type: Video
Keywords: keynote speaker, family, MARSAH JOHOR
Subjects: 300 Social sciences > 360 Social problems & services; associations > 361 Social problems & social welfare in general
Division/Agency/State: LPPKN - National Population and Family Development Board, Malaysia > Corporate Communication Unit
Deposited By: Mr Zaharin Bakri
Deposited On: 16 Dec 2014 02:03
Last Modified: 18 Dec 2014 01:28
URI: http://familyrepository.lppkn.gov.my/id/eprint/444

Actions (login required)

View Item View Item