Wanita hari ini: anak atau kerjaya 2002-2003

National Population and Family Development Board, Malaysia (2003) Wanita hari ini: anak atau kerjaya 2002-2003. [Research Report]

This is the latest version of this item.

[img]
Preview
PDF (Laporan (Bahasa Malaysia Sahaja))
Download (93MB) | Preview

Abstract

Pengenalan:Penyertaan wanita dalam tenaga buruh telah meningkat daripada 37.0 peratus dalam tahun 1971 kepada 42.0 peratus dalam tahun 1991 dan 46.9 peratus pada tahun 2001. Peningkatan ini secara langsung bukan sahaja menambah bilangan wanita bekerja malahan pasangan suami isteri bekerja. Pertambahan bilangan pasangan bekerja telah menimbulkan beberapa cabaran yang perlu ditangani dengan penuh bijaksana. Antara cabaran tersebut ialah meningkatnya keperluan perkhidmatan penjagaan anak, pembantu rumah dan pengurusan masa dalam menunaikan tanggungjawab sebagai isteri, ibu dan pekerja serta yang sama pentingnya sebagai anak dan menantu bagi yang masih mempunyai ibu bapa dan mentua. Kajian ini adalah untuk meninjau sejauh mana wanita hari ini memberi keutamaan antara kerjaya dan keluarga, sama ada mereka ingin menambah bilangan anak atau memajukan kerjaya, dan faktor yang mempengaruhi pilihan mereka. Sampel kajian meliputi 2,909 wanita bekerja dalam sektor awam dan swasta yang berumur 40 tahun ke bawah, masih berkahwin dan mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak berumur di bawah 13 tahun. Secara keseluruhannya, min bilangan anak yang dimilki oleh wanita adalah seramai 2.4 orang. Sementara itu, min bilangan anak yang difikirkan ideal oleh mereka ialah seramai 4 orang. Hampir 14.0 peratus pasangan bekerja mempunyai konflik antara keluarga dan kerjaya. Disebabkan oleh masalah penjagaan anak, 8.3 peratus wanita terpaksa berhenti kerja dan 7.8 peratus terpaksa mengambil cuti tanpa gaji. Inisiatif baru sekiranya ada dan dilaksanakan berupaya meningkatkan keinginan pekerja wanita untuk menambah bilangan anak atau tidak, seperti subsidi kos penjagaan anak, dasar wanita berhenti kerja sementara, khidmat penjagaan anak di tempat kerja, khidmat penjagaan anak di kawasan tempat tinggal, dan waktu kerja anjal. [English abstract] Introduction:The participation of women in the labor force has increased from 37.0 percent in 1971 to 42.0 percent in 1991 and 46.9 percent in 2001. This increase is directly not only increase the number of women working but working spouses. The growing number of working couples has raised some challenges that need to be addressed wisely. Among these challenges is the increasing needs of child care services, maid and time management in discharging its responsibilities as a wife, mother and employee, and that is as important as the son and daughter-in-law for who still have parents and parent-in-law. This study is to explore the extent to which women today give preference between career and family, whether they want to increase the number of children or career development, and the factors that influence their choice. The study sample includes 2.909 women working in the public and private sectors who are 40 years and under, are married and have at least one child aged under 13 years. Overall, the mean number of children a woman is owned by a total of 2.4 people. Meanwhile, the mean ideal number of children who think they are up to 4 people. Nearly 14.0 percent of working couples in conflict between family and career. Due to child care problems, 8.3 percent of women had to quit work and 7.8 per cent had to take leave without pay. New initiatives and implemented if there is a desire to boost the female employees to increase the number of children or not, such as subsidized child care costs, while the policy stops working women, child care services in the workplace, child care services in the area of residence, and flexible working hours.

Item Type: Research Report
Additional Information: For further enquires, please contact Population Division at 03-26937555 Ext. 1612
Keywords: anak, kerjaya, masalah penjagaan anak, work life balance
Subjects: 600 Technology > 640 Home & family management
Division/Agency/State: LPPKN - National Population and Family Development Board, Malaysia > Division of Population
Deposited By: Mrs Nor Azaian Abdullah
Deposited On: 19 Jun 2015 02:44
Last Modified: 19 Jun 2015 02:44
URI: http://familyrepository.lppkn.gov.my/id/eprint/522

Available Versions of this Item

Actions (login required)

View Item View Item