Gaya hidup wanita dan faktor risiko kanser payudara: satu kajian literatur.

Affandi, Khuzailah and vivien, W.C. Yew (2015) Gaya hidup wanita dan faktor risiko kanser payudara: satu kajian literatur. Journal of Social Sciences and Humanities, 10 (2). pp. 245-260. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF (Journal Article) - Published Version
Download (127kB) | Preview

Abstract

Kanser payudara kini adalah kanser yang paling biasa di kalangan wanita di seluruh dunia. Dikatakan bahawa tidak ada kaedah yang telah terbukti untuk mencegah kanser. Walau bagaimanapun, kajian telah menunjukkan bahawa terdapat beberapa faktor-faktor gaya hidup wanita yang telah secara saintifik terbukti meningkatkan risiko kanser payudara. Kajian literatur dari disiplin epidemiologi, perubatan, dan psikososial dilakukan untuk menganalisis faktor-faktor gaya hidup wanita yang cenderung untuk meningkatkan risiko kanser payudara. Analisis kepada kajian literatur ditumpukan kepada hubungan antara faktor-faktor risiko kanser payudara dan gaya hidup wanita dalam aspek-aspek seperti diet dan aktiviti fizikal. Hasil analisis kajian literatur ini menunjukkan bahawa beberapa faktor-faktor gaya hidup wanita telah kerap dianggap sebagai faktor risiko untuk kanser payudara. Antara faktor-faktor risiko kanser payudara yang diperakui berdasarkan pelbagai penyelidikan meluas berkaitan kanser payudara adalah usia lewat pada kelahiran anak pertama atau tidak pernah melahirkan (nulliparity), tidak pernah menyusukan atau tempoh penyusuan yang singkat, pemakanan dan diet, serta stres psikologikal.

Item Type: Article
Keywords: kanser payudara, diet, gaya hidup, faktor-faktor risiko, perempuan, lifestyle, breast cancer
Subjects: 300 Social sciences > 301 Sociology & anthropology
Division/Agency/State: LPPKN - National Population and Family Development Board, Malaysia > Division of Human Resource Management
Deposited By: mr zulhemi psm
Deposited On: 24 Jun 2016 07:00
Last Modified: 22 Nov 2016 07:06
URI: http://familyrepository.lppkn.gov.my/id/eprint/579

Actions (login required)

View Item View Item