Kajian bagi mengenalpasti faktor-faktor risiko kanser payudara yang berkaitan dengan gaya hidup dalam kalangan wanita melayu di Kuala Lumpur

Affandi, Khuzailah (2016) Kajian bagi mengenalpasti faktor-faktor risiko kanser payudara yang berkaitan dengan gaya hidup dalam kalangan wanita melayu di Kuala Lumpur. Masters thesis, Universiti Kebangsaan Malaysia.

[img]
Preview
PDF (Tesis) - Accepted Version
Download (69kB) | Preview

Abstract

Kanser payudara merupakan kanser utama yang paling lazim dihidapi wanita di seluruh dunia. Kadar insiden dan mortaliti kanser payudara dunia memperlihatkan peningkatan yang drastik dan membimbangkan. Sehingga kini punca bagi penyakit tersebut masih belum dikenalpasti. Walau bagaimanapun bukti daripada pelbagai penyelidikan meluas berkaitan kanser payudara mendapati terdapat beberapa faktor gaya hidup wanita serta faktor bioperubatan yang secara saintifik diperakui mampu meningkatkan risiko bagi kanser payudara. Di Malaysia, data terbaru yang diperolehi daripada pihak Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) menunjukkan kadar insiden kanser payudara di kalangan wanita Melayu didapati telah meningkat dengan drastik dalam tempoh 8 tahun kebelakangan ini. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor risiko terutamanya yang berkaitan dengan gaya hidup yang berkemungkinan mempengaruhi peningkatan risiko kanser payudara dalam kalangan wanita Melayu di Kuala Lumpur. Kajian ini turut meneliti pengetahuan berhubung kanser payudara dalam kalangan informan. Seramai dua belas orang survivor kanser payudara ditemu bual secara mendalam bagi mengenalpasti dan meneroka aspek-aspek amalan gaya hidup terdahulu dan latar belakang bioperubatan yang berkemungkinan meningkatkan risiko mereka untuk mendapat kanser payudara. Hasilanalisis mendapati beberapa faktor risiko gaya hidup dan biologi dilihat berkemungkinan meningkatkan risiko terhadap kanser payudara iaitu usia lewat pada kelahiran anak pertama atau tidak pernah melahirkan (nulliparity), tidak pernah menyusukan atau tempoh penyusuan yang singkat, obesiti, ketidakaktifan fizikal, kerap mengambil daging merah, kurang pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan, stres psikologikal, sejarah keluarga menghidap kanser payudara dan rawatan radiasi kepada dada atau payudara. Kajian turut mendapati majoriti informan mempunyai pengetahuan yang rendah berhubung kanser payudara.

Item Type: Thesis (Masters)
Keywords: kanser payudara, diet, gaya hidup, faktor-faktor risiko, perempuan, lifestyle, breast cancer
Subjects: 600 Technology > 610 Medicine & health > 616 Diseases
Division/Agency/State: LPPKN - National Population and Family Development Board, Malaysia > Division of Human Resource Management
Deposited By: Mrs Noor Azizan Abdullah Daud
Deposited On: 24 Jun 2016 07:11
Last Modified: 09 Jan 2017 00:54
URI: http://familyrepository.lppkn.gov.my/id/eprint/592

Actions (login required)

View Item View Item